Saya selalu berkata kepada rakan blogger yang menggunakan blog percuma untuk mereka beralih kepada blog berbayar menggunakan domain dan hosting yang berbayar. Namun ada di antara mereka yang tidak faham akan maksud beli domain dan beli hosting. Mereka tidak tahu pula ada sebutan berblogging secara professional dan serius. Saya tidak tahu bagaimana hendak menerangkan dan hanya mampu tersenyum. Yang boleh saya jelaskan adalah perbezaan dari segi domain antara yang percuma dan berbayar. Dan saya jelaskan pula tentang web hosting yang biasa dipakai oleh blogger di Malaysia.
Jika seseorang blogger mahu lebih serius dalam dunia blogging. Selalunya blogger akan mengambil langkah pertama dengan membeli domain dan hosting. Ini adalah perlu bagi membina jenama yang KEKAL dan terus komitmen dalam menghasilkan aritkel yang lebih bermutu. Bagi blogger baru yang memang tidak pernah ada blog berbayar, pasti akan sedikit bingung bagaimana hendak mencari web hosting yang biasa dipakai oleh blogger Malaysia.
Jenama Web Hosting Yang Biasa Dipakai Oleh Blogger
Di dalam artikel ini saya akan cuba ringkaskan dan memberikan sedikit penjelasan tentang apa yang perlu di buat untuk membina sebuah blog/website yang mengunakan domain dan hosting berbayar. Harap anda dapat ikutinya dengan mudah dengan melihat langkah langkah di bawah ini iaitu:
- Lawat salah satu web hosting Malaysia yang anda suka – [ NetKL ] @ [ ServerFreak ]
- Sila beli domain dan hosting sekali. Baca sini – [ Cara beli domain dan hosting ]
- Selepas buat bayaran beli domain dan hosting, anda akan dapat akaun cPanel di email anda. Sila login dan install WordPress pula. Baca sini – [ Cara install WordPress melalui cPanel ]
- Setelah install WordPress berjaya dilakukan. Maka blog anda sudah siap dan boleh dugunakan untuk mula menulis artikel.
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular lua
Kalau ikutkan pengalaman saya, hanya NetKL dan Serverfreak adalah 2 pilihan web hosting yang biasa dipakai oleh kebanyakkan blogger Malaysia. NetKL dulu terkenal kerana murah dan juga bagus. Dan Serverfreak terkenal dengan sedikit mahal tetapi servis support pertanyaan melalui email yang cekap dan pantas. Ada banyak lagi sebenarnya web hosting yang di pakai oleh blogger Malaysia. Tetapi hanya 2 ini sahaja yang paling popular menurut saya. Selamat berblogging