Hujung tahun 2017 mungkin berlaku atau bermulanya kegawatan ekonomi dunia. Dan seperti biasa, Malaysia salah satu negara yang terkesan dengan kejatuhan ekonomi global. Akan banyak berita berita tentang pembuangan pekerja, kilang tutup operasi, pekerja swasta tanpa over time (OT) dan bermacam lagi berita yang kurang enak di dengar. Namun begitu ada sektor yang jatuh memberi harapan “buat duit” kepada orang lain seperti sektor hartanah dan pasaran saham. Oleh itu saya ingin berkongsikan dengan anda tentang kategori buat duit online untuk peluang jana income melalui internet pula. Berminat?
Saya tidak mahu bercakap tentang ekonomi dan bisnes luar (offline). Saya hanya berminat dengan bisnes atas talian internet iaitu ONLINE. Dan trend masa depan yang pantas ke arah digital akan membuat lebih ramai untuk ambil tahu tentang potensi dan peluang yang ada untuk menambah pendapatan paling kurang secara part time. Di artikel pada kali ini saya akan berkongsi dengan anda jenis jenis kategori buat duit online yang akan popular pada tahun 2017 ini.
Senarai Kategori Buat Duit Online
Produk Digital – Saya mengharapkan lebih banyak produk digital seperti ebook di hasilkan dalam dunia marketing online di Malaysia ini. Salah satu tempat yang menjadi rujukan bagi peluang buat duit dengan mempromosikan ebook adalah seperti di Klikjer. (ini adalah program affiliate)
Produk Fizikal – Ianya seperti anda perlu menjual produk sebenar seperti pakaian, kasut, beg tangan, jam, smartphone dan sebagainya seperti website eCommerce Lazada, 11Street, Shopee, Zalora, Rakuten dan banyak lagi. (ini adalah program affiliate). Kalau berminat anda boleh daftar di sini – [ Click Here ]
Program Iklan – Salah satu kategori buat duit online yang sangat popular untuk blogger adalah program pengiklanan. Anda buat blog, dapatkan banyak trafik, pasang iklan di blog dan anda dapat duit. Duit dari iklan sangat bergantung kepada trafik pelawat. Contohnya program iklan dari Nuffnang.
Servis/Perkhidmatan – Program buat duit dengan cara menawarkan servis agak kecil di Malaysia dan belum meluas. Anda boleh buat duit dengan menawarkan kepakaran anda seperti tolong menulis artikel, melukis, buat video, tolong buat website, beli barang, terjemah bahasa atau sebagainya. Program sebegini diluar negara sudah sangat popular. Contoh mudah anda boleh melawat Fiverr.
Program Dropship – Sejak beberapa tahun lepas, program buat duit online, jual beli berasaskan bisnes dropship ini sudah sangat popular di kalangan peniaga online Malaysia. Sudah ramai sangat yang berjaya jana pendapatan melalui cara ini. Tahun tahun mendatang ianya tetap akan popular. Klik di sini – [ Komuten ]
Kalau selepas ini ada orang tanyakan macam mana boleh buat duit dari blog/website, anda hanya perlu tunjukkan artikel kategori buat duit online ini dan jelaskan kepada mereka. Saya pasti mereka akan mula faham. Jujur saya katakan minat dalam berblogging tidak sia sia. Ini kerana trend masa depan yang ke arah digital memang menyokong penuh peluang peluang buat duit melalui internet sebegini. Selamat mencuba.