Bagi blogger yang menulis entry bukan dari jenis COPY & PASTE selalunya mengharapkan trafik dari artikel yang bermutu, senantiasa di cari pembaca, bersifat evergreen dan juga bermanfaat. Dan dari jenis artikel yang sebeginilah trafik yang berkala dan “constant” akan dapat mengekalkan momentum trafik yang masuk ke dalam blog. Trafik blog yang dari jenis copy paste dan isu terkini pula hanya bersifat sementara. Ianya tinggi pada waktu seketika dan rendah apabila sudah dirasakan lama dan tidak dibaca orang lagi. Bagi saya ianya merugikan.
Saya telahpun mula berblogging hampir 2 tahun lebih bagi blog ini. Dan anda sendiri akan perasaan akan jenis keyword yang senantiasa masuk ke dalam blog anda. Jika anda sentiasa menerima limpahan trafik dari keyword atau blog post yang sama, itu bermakna anda telah berjaya menguasai satu satu jenis “keyword” yang MEMANG berjaya untuk mengalir masuk ke dalam blog anda. Dan dari sini anda perlu MENJEJAKI artikel manakah yang menyumbang kepada trafik tersebut. Dan itulah dia Top Pages Blog anda dari segi trafik.
Pentingkah Top Pages Blog
Kenapa anda perlu mengambil tahu tentang Top Pages Blog anda? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana Top Pages itulah yang menyumbang kepada trafik yang tinggi dan juga konsisten ke dalam blog anda. TETAPI! Jika anda mengabaikannya untuk tempoh yang lama, boleh terjadi yang Top Pages Blog anda akan merudum, jatuh rankingnya dan akhir sekali tidak lagi menjadi penyumbang utama dan tetap aliran trafik kepada blog anda. Itu merugikan. Jadi, di sini anda perlu sedar akan peranan anda untuk menggilap dan menguatkan SEO atau backlink Top Pages Blog tersebut untuk kekal lama. Bagaimana?
Seperti yang saya katakan tadi, setiap blogger pasti sedar akan sesetengah artikel yang ranking dan menjadi penyumbang utama kepada trafik blog mereka. Apa yang perlu mereka buat adalah dengan menghasilkan lebih banyak lagi artikel yang berkaitan yang kita sebut “relevan” dengan artikel yang menjadi Top Pages Blog itu tadi. Dan anda perlu lakukan internal backlink untuk menguatkan SEO dan seterusnya meningkatkan dan mengekalkan post tersebut untuk lebih lama menyumbang trafik. Ini anda kena sedar dan faham.
Kita tahu dan saya pun tahu. Pihak Google sudah beberapa kali mengupdate algoritma engin carian mereka. Ianya menyebabkan banyak juga blog yang terkesan dan hilang trafik dengan banyak dengan jatuhnya ranking. Tetapi dengan amalan anda yang mengambil berat akan Top Pages Blog anda, saya pasti kesan yang diterima dapat diminimakan. Jadi blogger kena rajin. Kalau memang anda mengambil berat akan trafik anda. Anda juga perlu mengambil berat akan posting artikel anda yang menjadi penyumbang trafik utama. Selamat membaca.
2 Comments
oo, tak pernah terfikir pula cara macam ni. tq.. nak buat internal backlink ni, kadang-kadang rasa malas.
baru tahu rupa-rupanya ianya berguna untuk seo juga..
bukan sahaja berguna, malah sangat berguna