Bila sebut nasi kandar, pasti orang akan terfikir negeri Pulau Pinang. Dan bila sebut syurga makanan di Malaysia, orang juga akan terfikir negeri Pulau Pinang. Dan sememangnya negeri Pulau Pinang terkenal dengan 2 sebutan ini iaitu nasi kandar dan juga sebagai syurga makanan di Malaysia. Kepada yang suka sangat makan nasi kandar lebih lebih lagi orang yang dari luar negeri Pulau Pinang. Pasti hendak tahu lokasi dan kedai makan restoran nasi kandar manakah yang popular dan juga sedap. Salah satu restoran nasi kandar yang boleh saya cadangkan adalah Deen Maju nasi kandar Penang.
Kalau anda perasan, zaman sekarang, orang akan pergi ke kedai makan yang ada 2 benda ini iaitu viral dan orang ramai seperti nasi kandar line clear sebelum ini. Kalau kedai makan tersebut viral di media sosial dan terdapat ramai orang makan di kedai tersebut, pasti ianya akan membuatkan orang lain juga mahu mencubanya juga. Dan Deen Maju nasi kandar mempunyai 2 benda ini. Kalau anda buat carian di internet tentang kedai nasi kandar yang paling best di Pulau Pinang, pastilah nama kedai Deen Maju nasi kandar akan muncul betul?
Deen Maju Nasi Kandar Pulau Pinang
Kali pertama saya pergi ke Deen Maju nasi kandar atas ajakan rakan sekerja. Saya pergi ketika waktu petang dan tidak ramai yang beratur pada waktu tersebut. Kali pertama saya makan memang sedap. Isteri pun kata sedap. Tetapi beliau seperti kurang menghabiskan makanan beliau ketika itu. Selepas ditanya kenapa, rupanya isteri berasa segan untuk makan dihadapan rakan sekerja saya kalau kalau rakan saya terfikir yang beliau terlalu berselera ketika makan. Macam macam hal pula isteri saya.
Yang peliknya isteri mengajak saya untuk pergi sekali lagi ke restoran Deen Maju nasi kandar berdua kerana tidak puas makan sebelum itu pada hari yang lain. Tergelak saya ketika itu. Saya pun suka makan nasi kandar tetapi tidak pulalah suka sampai sebegitu sekali. Saya pun membawa isteri ke kedai makan nasi kandar Deen Maju. Dan dapatlah isteri makan nasi kandar kegemaran beliau dengan puas.
Setelah beberapa bulan tidak makan nasi kandar, semalam saya mengajak isteri untuk makan nasi kandar di Deen Maju. Beliau terus bersetuju. Seperti biasa, saya sudah agak. Sangat ramai orang datang makan di Deen Maju nasi kandar. Semua beratur panjang. Saya sendiri bimbang kalau kalau tiada meja kerusi hendak makan kerana terlalu ramai orang yang sedang beratur untuk makan nasi kandar di Deen Maju.
Waktu Operasi Nasi Kandar Deen Maju
Untuk pengetahuan anda, Deen Maju nasi kandar membuka kedai makan mereka dari jam 2.30 petang sehingga 11 malam. Salah satu kedai nasi kandar yang tidak menjalankan operasi restoran mereka 24 jam seperti kedai makan nasi kandar yang lain. Rasanya tidak perlu buka lama pun. Orang pun sudah ramai beratur, lauk habis dan tutup kedai sahajalah. Senang.
Sebenarnya apa yang membuatkan Deen Maju nasi kandar ini popular dan ramai orang sanggup beratur panjang untuk makan nasi kandar Deen Maju ini? Sudah tentu kerana ianya sedap. Bila sebut sedap, bagi saya ianya adalah perkara yang subjektif. Mungkin ada yang suka dan tidak suka dengan rasanya. Oleh kerana ramai orang sanggup beratur panjang untuk makan nasi kandar Deen Maju ini, ini bermakna hidangan lauk pauk mereka sudah pasti sedap.
Nasi putih dan juga seketul ayam goreng berempah termasuk kuah campur banjir hanya dalam RM6.80 sahaja. Bagi saya ianya dikira agak murah. Sebutan yang betul bagi Deen Maju nasi kandar adalah Deen’s Maju. Jangan risau dengan barisan orang ramai yang beratur berdiri panjang. Mereka mempunyai pekerja yang menyenduk lauk pauk dengan agak cepat. Jadi tidak terlalu terasa lama pun. Dari pengalaman saya makan di Deens Maju nasi kandar, yang membuatkan rasa kasi kandar mereka sedap adalah ayam goreng berempah dan juga kuah kari campur banjir mereka yang terasa berempah. Terbaik. Sedap.