Saya sebelum ini pernah membuat satu video berkenaan panduan daftar i-akaun kwsp. Dan dari video berkenaan saya telah mendapat pertanyaan yang tidak berkaitan dengan video tersebut tetapi berkait rapat dengan hal hal pengeluaran kwsp. Ianya bukanlah sebuah komen tetapi lebih kepada luahan perasaan akan diri beliau selaku pencarum kwsp tentang masalah beliau yang sedang dalam dilema rumah bakal dilelong oleh pihak bank. Kisah pencarum kwsp ini sebenarnya telah menyentuh hati saya untuk saya kongsikan dengan pembaca blog ini. Minta pandangan sahabat sahabat akan jalan penyelesaian masalah ini ya kalau ada.
Begini kisahnya. Beliau seorang suami dan bapa yang berumur 50 tahun. Kini sudah tidak bekerja atas pelbagai sebab. Apa yang beliau kongsikan adalah beliau kini sedang mencari kerja dan susah hendak mendapatkan kerja kerana faktor umur beliau. Oleh kerana beliau sudah tidak bekerja beberapa bulan, maka hutang pinjaman rumah menjadi tertunggak. Maka beliau meminta jasa baik adik beradik dan juga saudara untuk membantu beliau. Tetapi adik beradik dan saudara pun hanya boleh membantu yang termampu dan hanya beberapa bulan sahaja.
Apa Perlu Buat Sekiranya Anda Seperti Kisah Pencarum KWSP Ini
Sekarang, hutang loan rumah sudah tertunggak beberapa bulan. Hendak mengharapkan siapa lagi. Pihak bank pula sudah menelefon berkali kali menuntut bayaran rumah. Jika tidak di selesaikan dalam masa sekian sekian, rumah beliau bakal dilelong. Untuk pengetahuan anda, beliau ada meminta bantuan dari pihak kwsp tetapi tidak dapat diselesaikan. Masalahnya adalah beliau hanya boleh membuat pengeluaran wang hanya pada umur bersara/pencen. Umur beliau sekarang adalah 50 tahun. Pengeluaran kwsp hanya boleh dilakukan pada umur 55 tahun. Bagaimana?
Biodata Masalah Kisah Pencarum KWSP Ini (Kiraan Adalah Anggaran Sahaja)
- Umur 50 tahun
- Tidak bekerja. Sedang mencari kerja
- Hutang pinjaman rumah tertunggak
- Rumah bakal di lelong
- Baki loan rumah 30K
- Simpanan kwsp ada RM200K
- Simpanan akaun 2 sudah tiada
Melihat kepada senario masalah kisah pencarum kwsp di atas ini. Apa yang boleh anda lakukan jika anda berada di tempat beliau. Beliau mempunyai anak yang masih bersekolah. Mempunyai isteri sebagai suri rumah. Hutang rumah hanya tinggal RM30K sahaja. Simpanan kwsp sudah ada RM200K. Tetapi oleh kerana akta kwsp yang tidak membenar pengeluaran akaun 1 dikeluarkan kecuali ketika umur bersara pencen. Maka apakah jalan alternatif yang boleh beliau lakukan untuk selamatkan rumah beliau? Kalau rumah terpaksa di lelong, maka rugilah beliau. Hutang rumah cuma tinggal RM30K sahaja. Dan duit pun ada dalam kwsp sebanyak RM200K.
Apa yang boleh saya cadangkan kepada beliau? Saya bukan pakar. Dan saya sendiri pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya hanya boleh mencadangkan beliau berjumpa dengan pihak AKPK untuk masalah pengurusan kewangan. Itu sahaja yang mampu saya fikirkan. Bagaimana dengan anda sebagai pembaca? Ada idea dan saranan untuk masalah encik yang saya kongsikan ini? Di harapkan kisah pencarum kwsp ini boleh anda jadikan iktibar persediaan yang sewajarnya untuk diri dan keluarga anda di masa hadapan. Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang akan menentukan. Bagi pihak kerajaan pula, apakah alternatif bagi individu seperti ini jalan keluar yang boleh mereka lakukan. Harap anda jalannya..