Dulu saya kerap mendapat ketumbit di mata. Tidak tahu kenapa ianya terjadi. Kalau bab bab kisah dongeng memang saya tidak terima dari dulu. Sebab kita sendiri tahu apa yang berlaku pada kita tidak seperti apa yang “dongengan” itu sampaikan. Jadi apa sebenarnya ketumbit mata ini dan cara menghilangkan ketumbit. Kadang kadang kalau tidak kena cara, mata anda anda berasa seperti ada biji di dalamnya dan ianya sukar hilang dalam jangka masa yang pendek.
Sebelum saya membuat carian untuk memahami apa sebenarnya ketumbit ini, saya secara peribadi sudah dapat mengagak akan apakah itu ketumbit. Dan hasil carian diinternet membenarkan tanggapan saya. Ianya adalah berkenaan bisul kecil yang terhasil dari jangkitan kuman staphylococcus ke atas akar (folikal) bulu mata. Sebaliknya, penakungan minyak akibat saluran kelenjar tersumbat mengakibatkan chalazion (hordeolum dalaman).
Cara Menghilangkan Ketumbit Dalam Sehari
Dari apa yang kita faham secara mudah adalah, kelopak mata kita ada kelenjar minyak dan kelenjar ini tersumbat yang menyebabkan terjadinya takungan minyak yang akhirnya menjadi seperti “nanah” yang tidak boleh keluar. Dengan kata lain bulu mata dan kelopak mata kita yang “mungkin” kotor dan jarang dibersihkan menyebabkan ianya terjadi penyumbatan yang akhirnya membentuk seperti bisul kecil. Jadi bagaimanakah cara menghilangkan ketumbit mata ini?
Saya tidak pasti samada ketumbit mata yang berlaku pada setiap orang sama bentuknya atau tidak. Tetapi mengikut pengalaman saya sendiri, apabila hendak berlakunya ketumbit mata, kita selalunya sudah dapat merasakan ketidak selesaan pada mata dan selalunya kita boleh nampak kelenjar minyak yang tersumbat seperti nanah pada kelopak mata.
Jadi apa cara menghilangkan ketumbit yang saya buat? Bukankah kita sudah faham yang ianya berlaku kerana kelenjar minyak TERSUMBAT? Dan bukanlah kita boleh nampak kelenjar yang tersumbat itu betul tidak? Jika dibiarkan ianya akan menjadi besar dan semakin besar dan ianya kelihatan seperti biji pada kelopak mata. Apa yang saya buat adalah saya pecahkan hujung kelenjar tersebut. Apabila kelenjar yang bernanah dan masih kecil saya pecahkan, ianya sudah tidak sumbat dan penyumbatan tidak akan berlaku. Akhir sekali masalah ketumbit mata yang ingin terjadi sudah beransur kecil dan hilang. Ini adalah apa yang saya buat selalu berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selalunya dalam sehari pun sudah boleh hilang.
Hasil dari bacaan saya. Kebanyakkan cara menghilangkan ketumbit mata adalah dengan cara merendamkan sapu tangan dalam air suam. Dan kemudian anda tuamkan dan letakkan sapu tangan pada bahagian yang terkena ketumbit tersebut. Tujuan adalah untuk melembutkan kelenjar dan akhir sekali ianya dapat mengurangkan dan ketumbit mata beransur hilang. Terpulang kepada anda ingin melakukan bagaimana. Rasanya cara menuam adalah lebih sihat, bersih dan selamat. Anda boleh cuba. Selamat membersihkan mata
8 Comments
hehehe…cerita ‘dongengan’ tu rasanya cam chii tau je…:p
alhamdulillah…setakat ni chii x pernah kena lg. tp ada kwn chii…slalu gak kena. chii slalu usik dia ..”dok intai laki mandi la tu ” ahaha…tp chii yakin bkn tu penyebabnya. nnt chii share cara nk ilangkn ni kat kawan chii 🙂
terima kasih Chii
dulu kalau ketumbit mesti dikaitkan dengan suka mengintai…haha….sampai rasa malu sapa yg kena ketumbit.
saya dari dulu memang x percaya, sebabnya saya dulu selalu kena dan saya x intai orang pun, jadi dah tahu benda tu dongeng, hehe
Saya pernah kena. Saya biarkan je. Dalam 2 3 hari hilang sendiri. Nak picit takut. Takut terjadi komplikasi lain.
kalau saya picit sewaktu masih kecil, agar X JADI membesar, hehe
Saya pernah jumpa doktor disebabkan ketumbit yng sgt serius..doktor bagi solusi dengan tuam guna air suam
tp cara saya selalu berkesan.. 🙂