Anda suka makan bubur? Boleh dikatakan yang saya suka semua jenis bubur. Dan salah satu bubur yang paling saya suka adalah bubur pulut hitam. Saya suka makan bubur ini samada ianya dalam keadaan panas mahupun sejuk. Saya tidak pernah memasak bubur pulut hitam ini tetapi saya tahu cara penyediaannya sangat mudah dan sangat simple. Rasanya kalau anda cuba sekali pasti akan terus pandai buat selepas itu berkali kali tanpa masalah.
Hidangan Bubur Pulut Hitam Simple
Saya memang sukakan bubur pulut hitam. Dan salah satu hidangan berasaskan bubur pulut hitam simple yang selalu anda cuba mungkin anda boleh mencuba bubur pulut hitam durian pula. Kepada yang suka makan durian, campuran durian ke dalam bubur seperti bubur pulut hitam dan kacang hijau memang kena dengan rasa bubur kacang tersebut. Baiklah tanpa membuang masa, anda boleh ikuti resepi bubur kacang ini dengan melihat perkongsikan resepi di bawah ini.
Bahan Bahan
- Setengah kilo beras pulut hitam
- 3 cawan santan pekat
- 2 setengah kilo gula pasir
- 2 cawan air
Cara Cara Membuat
- Rendam beras pulut hitam semalaman
- Cuci dan kemudian rebus dalam air mendidih hingga kembang
- Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut
- Masukkan santan dan kacau hingga mendidih. Siap
Kalau anda lihat perkongsian resepi bubur pulut hitam simple ini. Anda akan dapati proses penyediaan bubur pulut hitam ini terlalu mudah. Malah bahan asasnya pun sangat simple. Makan malam malam sambil tengok tv memang pilihan terbaik untuk menikmati bubur ini. Saya harap anda dapat mengikuti resepi ini tanpa masalah. Dan kalau anda mahu, anda boleh berkongsi dengan saya akan gambar hidangan bubur pulut hitam yang anda berjaya buat dari rumah anda sendiri. Apa apa pun selamat mencuba.