Rasanya semua orang makan sandwich telur ini bukan? Ianya sangat sesuai di makan pada waktu pagi bersarapan, waktu beriadah sukan petang atau ketika bercuti ke pantai. Ianya adalah makanan ringkas yang boleh memberikan tenaga segara tanpa perlu memakan makanan yang berat berat. Sekarang, saya kerap melihat sandwich pelbagai rasa dijual di stesen minyak pada waktu pagi. Sangat sesuai untuk orang yang pergi kerja ketika waktu itu. Saya sendiri pernah membelinya untuk mengisi perut pada waktu pagi.
Paling terbaru saya memakan sandwich telur ini adalah pada ketika 1 bulan yang lepas iaitu ketika saya bersama rakan berjogging ke Cherok Tok Kun pada waktu pagi. Biasalah, selepas berjongging naik bukit, penat terasa, perut juga terasa sedikit lapar. Makan sandwich pada waktu selepas jogging dapat memberikan tenaga dengan cepat dan SIHAT kerana makanan berunsur roti ini mempunyai serat (fiber) dan tiada minyak (kolestrol) yang dicampurkan.
Cara Membuat Sandwich Telur Sedap Ringkas
Saya telah menerima resepi sandwich telur ini dari seseorang. Beliau mahu kongsikan resepi ringkas cara membuat sandwich ini dengan pembaca internet. Saya sendiri tidak pernah membuatnya sendiri. Dari resepi yang beliau kongsikan, kita dapat lihat cara membuat sandwich ini sangat mudah dan juga ringkas. Kos pun tidak mahal. Malah yang menarik beliau menggunakan roti yang lebih sihat iaitu roti gardenia jenis wholegrain. Mari ikuti resepi ini di bawah.
Bahan Bahan
- 8 keping roti gardenia wholegrain
- 3 biji telur
- 3 sudu mayonis
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- Butter
- Setengah batang timun jepun
Cara Cara Memasak
- Potong bahagian keliling roti yang keras. Sapu butter pada roti dan ketepikan
- Rebus telur hingga masak. Lenyekkan separuh hancur
- Masukkan timun jepun yang dipotong dadu, lada hitam dan mayonis
- Gaul sebati dan boleh dilepa (sapukan) pada roti tadi. Siap
Kalau di suruh memilih, saya lebih sukakan roti yang dijadikan burger. Ianya roti biasa, tetapi diantaranya diletakkan telur goreng seperti telur mata dan dibubuh sos. Dibuat sama seperti burger biasa, cumanya daging burger digantikan dengan telur. Memang sedap bagi saya. Namun selera orang lain lain. Anda mungkin sukakan roti yang dibuat sandwich. Kalau begitu, mari ikuti resepi sandwich telur ini. Selamat mencuba.
3 Comments
Dah lama tak makan sandwich telur, boleh buat la esok nak breakfast