Masalah yang dialami oleh fresh graduate sekarang ialah sukar untuk mendapat kerja. Ini merupakan cabaran terbesar bagi mereka yang bergelar fresh graduate. Lebih memeningkan apabila kawan-kawan seperjuangan yang lain telah pun mendapat kerja, tetapi anda masih lagi terkial-kial mencari kerja. Hal ini berlaku kerana kebanyakan fresh graduate masih belum ada pengalaman bagaimana untuk mencari kerja. Di sini, saya berikan Panduan Untuk Fresh Graduate ketika mencari kerja.
1) Surat Khabar The Star & NST
– Melalui pengalaman, surat khabar yang menjanjikan kerja yang boleh dipercayai adalah daripada 2 surat khabar ini. Jika dibandingkan dengan surat khabar melayu, kebanyakannya menawarkan kerja yang tidak dapat dipercayai sumbernya.
5 Tips Mencari Kerja
2) Rakan/Saudara
– Sebagai fresh graduate, jangan sekali-kali merasa segan untuk bertanyakan rakan/saudara mara anda jika terdapat kekosongan di tempat mereka. Besar kemungkinan, terdapat pelbagai kekosongan di tempat mereka di mana mereka sendiri tidak tahu hendak rekomen kan kerja tersebut kepada sesiapa.
3) Syarikat Industri Ketika Anda Praktikal
– Kebanyakan mereka yang memohon kerja di syarikat industri ketika menjalankan praktikal sewaktu belajar dahulu akan mendapat pekerjaan di syarikat tersebut. Ini kerana syarikat telah mengetahui performance anda dan menganggap anda mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.
4) Menggunakan Khidmat Agensi Pekerjaan
– Ada kelebihan dan kekurangan jika anda menggunakan khidmat agensi pekerjaan ini. Kelebihannya ialah pihak agensi akan mencuba sedaya upaya untuk mencari kerja yang sesuai untuk anda kerana mereka akan mendapat keuntungan apabila anda berjaya mendapat kerja. Kekurangannya pula ialah gaji yang bakal anda dapat kurang daripada sepatutnya kerana perlu diberi kepada agensi tersebut. Tetapi, sebagai fresh graduate, tidak salah mencuba sebagai permulaan. Apabila anda sudah mempunyai pengalaman, anda boleh mencari kerja lain yang lebih sesuai untuk anda.
5) Berdaftar Dengan Web Mencari Kerja
– Terdapat pelbagai laman web untuk mencari kerja seperti jobstreet, jenjobs, jobmalaysia, SPA, malaysiancareer.com dan macam-macam lagi. Anda hanya perlu mendaftar dan juga upload resume anda ke laman web tersebut. Setiap hari, anda hanya perlu check email di mana web mencari kerja tersebut akan menghantar list kerja yang sesuai berdasarkan maklumat yang anda daftar. Selain itu, anda juga boleh mencari kerja di mudah.my.
Sebagai fresh graduate, anda haruslah membuat resume dengan ringkas dan cukup sekadar 1-2 page sahaja. Sentiasa bersiap-sedia seandainya anda dipanggil ke interview. Yang paling penting, jangan terlalu memilih kerja. Sebagai permulaan, terimalah jawatan apa sekalipun. Apabila anda telah mempunyai kemahiran dan pengalaman, anda boleh memilih untuk berhenti kerja dan mencari pekerjaan yang lebih baik daripada pekerjaan anda sebelum ini. Di antara Kesilapan fresh graduate ialah terlalu cepat hendak mendapat kerja idaman untuk pertama kali kerja. Ingatlah, setiap orang yang berjaya itu bermula dari bawah. Jangan merasa malu seandainya kerja anda tidak setanding dengan kelulusan anda, atau pekerjaan anda tidak sehebat rakan anda yang lain. Bersyukurlah daripada anda terpaksa menganggur.
Semoga apa yang telah dinyatakan di atas dapat menjadi Panduan Untuk Fresh Graduate dalam menempuhi alam pekerjaan yang kian mencabar.
11 Comments
Kerja klau tak kerja duit tak ada sedih lagu ni
tu la pasal
Saya cari pakai jobstreet dan linkedin je bro. InshaAllah berhasil
Aku dulu mencari pekerjaan melalui pakcik google
alhamdulillah dapat kerja melalui jobstreet.. sekarang ni susah kalau memilih sangat kan..
ya, jobstreet sangat membantu
yang dah lama graduate camana plak????
mcm tu la, hehe
ikutkan peluang pekerjaan ni byk tapi fresh graduate ni kene pandai cari peluang pekerjaan yg sesuai dan yg paling penting pekerjaan yg kene dgn minat. baru syok buat kerja 🙂
memang betul cakap kamu