Semasa saya pulang ke kampung bercuti selama 1 minggu, saya sempat bersembang dengan adik tentang bisnes yang beliau jalankan. Beliau seorang usahawan internet iaitu buat duit dengan program dropship. Dan kepada anda yang pernah membaca blog ini, anda pasti pernah membaca tulisan saya mengenai konsep Food Delivery (makanan) yang saya galakkan dengan membina group khas bagi membantu suri rumah umumnya untuk buat duit dari rumah. Projek tersebut berjaya TETAPI saya tidak pernah terfikir pula ada orang yang buat duit mudah dengan delivery air minuman. Mari saya ceritakan kepada anda.
Ceritanya begini, adik saya memberi tahu yang ada seseorang berjaya menjana pendapatan mudah dengan hanya delivery air minuman sahaja. Malah beliau masih lagi mempunyai pekerjaan tetap iaitu sebagai pekerja sektor awam. Anda pasti tidak percaya cakap saya yang beliau buat duit mudah dengan “banyak” dengan hanya membuat pesanan belian air minuman dan dihantar kepada pembeli yang telah memesan sebelum ini. Menarik.
Dapat Komisen Mudah Dengan Bisnes Delivery Air Minuman
Saya tidak pasti samada anda pernah atau tidak melihat atau pernah minum minuman berasaskan “coffee” yang mengambil konsep STARBUCK. Anda pasti tahu akan bekas minuman starbuck bukan? Mungkin anda perasan ada banyak gerai tepi jalan atau restauran yang mula menjual minuman dengan menggunakan bekas minuman seperti starbuck betul? Anda tidak perlu menjadi kaya dengan menjual air minuman tersebut, yang perlu anda buat adalah hanya membuat “Delivery” penghantaran sahaja kepada pembeli yang order secara online atau whatsapp.
Katakan satu minuman air Coppuchino berharga RM4. Dan beliau (orang yang saya maksudkan ini) telah mengenakan cas sebanyak RM2 untuk setiap minuman yang di pesan. Untuk maklumat anda, air minuman tersebut di jual di bandar dan kebanyakkan pembeli adalah berada di taman perumahan yang jaraknya mengambil masa 30 minit untuk ke bandar. Jadi cas RM2 yang dikenakan adalah berbaloi untuk setiap tempahan delivery air minuman tersebut.
Dari cerita yang dikongsikan, beliau tidak pernah menerima tempahan di bawah 50 bekas minuman dengan menggunakan keretanya. Satu bekas minuman beliau ambil untung RM2. Jika minima 50 bekas minuman pirate coffee (contoh) di order, maka beliau mendapat untung bersih sebanyak RM2 x 50 = RM100 SEHARI. Sedikit soalan kepada anda berdasarkan cerita ini iaitu “anda rasa kerja ini mudah atau tidak?” dan “anda rasa boleh x anda buat RM3K sebulan dengan mudah?”. Tepuk dada dan tanya diri anda.
6 Comments
RM3K delivery air je..peh..bukan kena setup kedai pun, tapi tu la..jenuh gak ada 50 tempahan sehari..pening juga
x bro, beliau amik air dari bandar, dan kemudian tunggu di salah satu kedai di taman perumahan tersebut, semua kena datang situ
pehh..
ada juga yang buat macam ni.
dulu aku ambil order beras aje.
habis berat kereta aku sebab orang asli order.
di Indonesia enaknya usaha jualan apa ya? bingung
idea delivery yang menarik…rs xramai lg buat ni..
oklah aku pun nak buat macam ni lah