Di dalam dunia penulisan blog, trafik adalah suatu yang sangat penting bagi blogger secara umumnya. Dan kemasukkan trafik yang datangnya dari engin carian seperti Google pula, sangat bergantung kepada kemampuan menguasai Keyword Mudah Ranking. Tanpa kemampuan untuk menguasai keyword yang mudah untuk ranking ini, seorang blogger pasti sukar untuk mendapatkan trafik dalam dunia persaingan SEO moden. Saya bukanlah mengatakan ianya sangat sukar tetapi ianya tidaklah semudah dahulu. Anda tetap mampu untuk mendapat trafik tetapi tidak sebanyak pada zaman zaman 5 tahun lepas.
Saya sendiri sebenarnya tidak terlalu membuat kajian tentang keyword mudah ranking apabila menghasilkan satu satu artikel. Rasanya 95% artikel di dalam blog ini memang tiada kajian keyword di lakukan. Saya menulis hanya kerana minat dan ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa mahu kongsikan dengan pembaca blog ini. Cumanya, satu benda yang saya tidak tinggal untuk lakukan adalah dengan mengamalkan teknik SEO setiap kali menghasilkan artikel. Itu sahaja.
Teknik Mencari Keyword Mudah Ranking
Kita berbalik kepada topik utama. Iaitu bagaimana untuk mendapatkan keyword mudah ranking. Adakah anda pernah mendengar tentang SEOQuake? Untuk pengetahuan anda, SEOQuake adalah salah satu plugin yang dibina khusus untuk browser Chrome dan juga Firefox untuk memaparkan secara terus akan maklumat laman web yang terpapar di engin carian seperti Google. Kita akan gunakan plugin ini untuk menilai keyword yang bakal kita gunakan samada ianya mudah ranking atau sukar. Pertama sekali, sila download dan install mengikut browser yang anda gunakan.
SEOQuake Untuk Chrome – [ Chrome SEOquake ]
SEOQuake Untuk Firefox – [ Firefox SEOquake ]
Selepas install. SEOQuake akan automatik berfungsi. Apa apa carian anda berdasarkan keyword tertentu akan terus memaparkan maklumat lengkap tentang artikel yang terpapar pada hasil carian di Google. Jadi bagaimana untuk kita kaji keyword mudah ranking dengan menggunakan SEOQuake ini?
Saya mahu anda menaipkan atau membuat carian berdasarkan keyword yang anda mahukan sekarang. Dan apa yang anda akan nampak? Anda akan nampak hasil carian di Google pada halaman pertama bukan? Sila lihat hasil carian pada halaman pertama Google. Setiap artikel yang dipaparkan di bawahnya terdapat maklumat yang banyak bukan? Iaitu tentang maklumat berkenaan Pagerank, Google backlink, Alexa Rank, Age Domain, dan pelbagai lagi. Anda boleh lihat gambar diatas sebagai contoh.
Sebagai contoh. Saya membuat carian pada keyword “Baju Sekolah”. Hasil carian menunjukkan artikel pertama mempunyai PageRank bernilai 2. Dan yang selebihnya tiada pagerank langsung atau bernilai 0. Majoriti nilai Alexa Rank tidak bagus. Dan majoriti juga menunjukkan umur domain bukanlah domain lama sebaliknya masih baru. Dan dari data yang kita dapat, ini menunjukkan keseluruhan artikel yang terpapar pada halaman pertama Google dengan keyword “baju sekolah” ini adalah keyword mudah ranking.
Lainlah kalau majoriti semua website mempunyai pagarank 1 paling kurang, mempunyai backlink yang banyak, mempunyai nilai alexa yang bagus, umur age domain yang berusia, maka keyword tersebut sukar untuk ranking. Jadi beginilah caranya untuk kita menilai apakah keyword tersebut mudah ranking atau tidak. Kaedah dan teknik ini bukanlah satu kaedah yang terbaik. Tetapi sekurang kurangnya ianya sangat membantu anda membuat keputusan secara santai untuk mencari keyword mudah ranking. Selamat mencuba..
10 Comments
penah pakai benda alah ni…tapi pening kepala tengok..last2 aku buang…haha…
aku pakai kat firefox ja, yang untuk chrome aku x pasang sebab nampak penuh
Saya pun ada pasang plugin ni, tapi jarang guna.
ianya berguna jika kita nak buat kaji keyword ja
Pernah juga cuba tetapi kurang guna.
tidak mengapa, janji tahu yang benda ni wujud kalau kalau kita nak guna nanti
Pernah guna jugak. Tapi tak berapa beri manfaat. Lebih senang buat artikel menerusi idea-idea spontan je sebenarnya
saya pun guna idea spontan, tetapi idea ni hanya nak bantu mereka yang xda idea akan keyword nak ranking
saya baru pasang plugin ini.. terima kasih..
saya pasang seoquake di crhome, tapi tidak tahu gunakan…