Sila pilih domain dengan betul jika tidak anda akan menghadapi keadaan dimana website/blog anda sukar untuk ranking di search engine Google. Saya pernah menulis dan berkongsi tentang masalah penggunaan salah anchor text semasa komen. Anda boleh baca dahulu artikel sebelum ini. Semasa anda ingin membeli domain baru, sila pastikan yang nama domain anda mudah ranking untuk memudahkan anda berblogging. Ianya bukanlah suatu yang besar masalahnya tetapi agak tertekan juga jika sukar untuk menemui blog sendiri jika mencarinya di Google bukan?
Bagaimana untuk pilih domain dengan betul dan tahu bahawa domain tersebut mudah ranking? Maksud mudah ranking disini bukanlah berkenaan bersaing artikel di search engin Google terhadap mana mana keyword. Akan tetapi mudah ranking dari maksud saya adalah berkenaan mudahnya untuk domain blog/website anda dijumpai tatkala anda menaip sendiri nama blog/website anda apabila menaip tanpa pengakhiran “.com” pada search engin Google.
Pilih Domain Dengan Betul Untuk Mudah Ranking
Contohnya begini, katalah nama blog/website anda adalah “sayahensem.com”. Adakah apabila anda membuka Google dan menaip “sayahensem” tanpa menambah perkataan “.com” selepas nama domain anda, adakah Google memaparkan link blog/website anda di search engine Google? Kalau ada, anda bernasib baik, kalau tiada maka anda menghadapi masalah iaitu domain anda sukar untuk ranking. Kenapa ini berlaku? Apakah benar yang anda tersilap pilih domain dengan betul?
Apabila kes seperti diatas berlaku, ada kemungkinan anda TELAH memilih nama domain yang sangat TINGGI PERSAINGANNYA. Saya buat contoh bagi kes saya sendiri. Anda tahu yang blog ini berdomainkan “myrujukan.com”. Disebabkab domain ini mempunyai keyword “rujukan”, maka ini menyebabkan persaingan yang sangat tinggi. Berbulan bulan rasanya saya kecewa apabila menaip perkataan “myrujukan” tanpa “.com”, Google tidak memaparkan link blog/website ini. Walhal blog/website ini telah berumur 6 bulan keatas, telah mempunyai sitemap dan strukrur yang baik bagi Google untuk mengenal pasti domain website ini. Adakah saya telah tersalah pilih domain dengan betul? YA, tetapi ianya bukanlah tidak boleh diselesaikan. Ada caranya.
Jika anda mempunyai masalah yang sama seperti saya. Anda harus lakukan sesuatu. Saya telah mencuba dan berjaya. Saya tidak pasti samada kaedah ini kaedah yang betul atau tidak. Yang pasti saya telah mencuba dan ianya berjaya. Jom baca.
Sebenarnya bukanlah Google tidak ranking akan nama domain anda. Akan tetapi sukar untuk Google ranking nama blog anda apabila ianya TERLALU bersaing dengan keyword umum. Ianya menyebabkan blog anda berada dihalaman Google dibahagian belakang. Untuk menarik domain anda untuk terpapar di halaman pertama Google. Anda harus membina backlink dengan nama keyword yang anda inginkan.
Cara untuk bina backlink kepada domain blog/website kita adalah dengan cara menurunkan komen diblog orang lain. Apa yang anda perlu buat adalah, melakukan blogwalking dan turunkan komen seperti gambar kedua diatas ini. Masukkan link address blog/website dan dan masukkan nama “keyword” domain anda. Kalau sebelum ini saya menggunakan nama pena dunia blog saya iaitu “Juan” akan tetapi disebabkan domain website ini sukar untuk terpapar dihalaman pertama, jadi saya gantikan dari “Juan” kepada “myrujukan”.
Apabila anda banyak melakukan blogwalking dengan menurunkan komen dengan keyword nama domain sendiri, ini menyebabkan Google akan mengenal nama domain anda dengan keyword yang anda gunakan semasa membina backlink dengan turunkan komen.
Saya telah menggantikan dari menggunakan nama “Juan” kepada “myrujukan” semasa komen di blog rakan rakan yang lain bagi membina “backlink” kepada domain blog yang berteraskan kepada keyword “myrujukan”. Perbuatan ini telah menyebabkan peratusan link nama yang yang dilinkkan kepada myrujukan.com menjadi “myrujukan” lebih besar dan banyak diguna berbanding “Juan”. Secara tidak langsung pihak Google akan mengenali myrujukan.com dengan nama myrujukan dan bukannya Juan.
Kepada anda yang mempunyai nama domain yang tidak bersaing seperti hafiz, beautifulmalaysia, denai, akakcantik atau apa sahaja dengan dengan nama apa sahaja semasa komen tidak menjadi masalah. Ini kerana nama domain blog/website anda boleh ranking dengan mudah.
Jika nama domain blog anda sukar ranking seperti saya. Anda boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan ini. Setakat ini saya berjaya. Saya telah minta kepada rakan rakan blogger yang lain untuk menaip perkataan “myrujukan” di Google dan YA mereka menjumpai blog ini. Saya harap selepas ini anda pilih domain dengan betul semasa hendak membuat website agar tidak terjadi seperti saya. Walaupun begitu ianya bukanlah masalah yang besar jika anda tahu bagaimana hendak ranking akan domain blog anda. Ini cumalah salah satu cara sahaja. Mungkin anda cara lain yang tidak saya tahu. Saya harap artikel tentang pilih domain dengan betul ini bernilai buat anda. Selamat berblogging.
14 Comments
tapi siapa yang komen blog aku dengan nama keyword..
memang aku akan padam dengan penuh kasih sayang. Haha
tapi ko x padam nama blog aku kan kan kan
kalau aku nampak..memang aku padam. Yang terlepas tu, kira rezeki la. haha
haha, jahat la ko
Hehe…terima kasih berikan ilmu yang sangat bermanfaat ni..tak tahu pulak..dulu saya pakai hentam jer nama ni..tanpa disemak dulu pada google..
xpa bro, nama pondokkeci x susah nak rank
hehe…assalamualaikum, informasi yang berguna.. mudah untuk komen dengan guna wordpress
betul tuh kawan
Main keyword ni adehh.. Blog kawe tu dah caca merba.. main key chain jer boleh 😀
blog bro ok apa, keyword x bersaing sangat
nice tips bro.. mmg benar tu…blog walking adalah cara pantas dalam membina backlink secara percuma..
betul tuh hairul
memandangkan aku memang komen guna nama yang sama macam kat domain, jadi nampaknya macam tak ada masalah nak ranking
tu sebaiknya