Saya tahu, ramai di kalangan kita yang mungkin mahu kenal dengan beberapa orang internet marketer Malaysia bukan? Anda mahu tahu siapa orangnya yang terlibat dalam dunia buat duit online yang berjaya menghasilkan pendapatan yang bagus. Maksud internet marketer bagi pandangan saya sendiri adalah tentang seseorang individu yang pendapatan mereka adalah dari usaha cari duit yang mereka lakukan dalam dunia internet. Anda jelas?
Dalam artikel ini saya mahu berkongsikan dengan anda akan beberapa orang internet marketer Malaysia yang perlu anda tahu. Mungkin ada sesetengah dari mereka tidak anda tahu. Dan mungkin juga sesetengah dari mereka anda kenal. Selepas ini, anda mungkin boleh menjadikan mereka idola anda sebagai seseorang yang boleh anda rujuk dalam hal hal yang berkaitan dengan teknik buat duit online. Siapa lagi kalau bukan mereka yang dari Malaysia bukan?
Siapa Internet Marketer Malaysia Terbaik?
Gobala Krishnan – Tuan Gobala ini sudah lama berkecimpung dalam dunia internet marketer Malaysia. Banyak produk yang beliau sudah hasilkan. Dan produk yang terbaru adalah Duit Video YouTube yang berkongsikan teknik dan tips cara jana income melalui video di YouTube
Rashvin – Saya kenal beliau selepas Gobala. Seseorang yang tidak kedekut ilmu. Boleh dikatakan beliau sanggup berjumpa face to face dan mengajar melalui online webinar untuk memberikan pendedahan tentang cara buat duit online. Antara yang di ajar adalah tenik buat duit YouTube, teknik buat duit dengan website viral, pemasaran email dan sebagainya
Shuth – Pemilik kepada marketplace Klikjer. Sebagai sebuah tempat yang memberikan peluang buat blogger untuk jana pendapatan melalui program affiliate ebook
Hairul – Blogger persendirian. Low profil. Tetapi seorang internet marketer Malaysia yang terbukti berjaya buat duit dengan produk affiliate beliau sendiri secara sepenuh masa. Produk affiliate terbaru beliau adalah Bisnes Air Balang.
Infokerjaya – Salah satu lubuk produk ebook niche terbaik di Malaysia yang memfokuskan kepada produk kerjaya. Setiap jualan ebook pasti menghasilkan jumlah jualan puluhan ribuan ringgit. Produk ini adalah kepunyaan team dari tuan Muaz Hadi. Berminat turut serta boleh daftar di sini – [ Tim Infokerjaya ]
InvolveAsia – Program affiliate paling terbaik setakat ini di Malaysia menurut pandangan saya adalah dari InvolveAsia. Anda berpeluang untuk mempromosi website eCommerce Malaysia seperti Lazada, Zalora, FashionValet dan banyak lagi. Kalau berminat sila daftar di sini – [ Involve Asia ]
Sebenarnya ada banyak lagi senarai nama nama internet marketer Malaysia yang boleh saya kongsikan dengan anda. Tetapi cukuplah beberapa nama yang perlu anda tahu dan kenal lebih lebih lagi jika anda seorang blogger atau internet marketer yang baru dalam dunia buat duit online ini. Mereka yang saya sebutkan di atas tadi adalah beberapa individu yang membuatkan saya berminat untuk terus berkecimpung dalam dunia bisnes online ini. Dunia yang sangat menarik bagi yang tahu dan kenal akan tawaran yang ada. Sekian.